Friday, December 23, 2011

bank islam hotel equatorial cameron highlands rm388 vouchers! hehehe :)

cam menarik la plak vouchers neh semua kan.
hehehhe demi untuk menjana ekonomi negara, kita perlu melancong ke dalam negeri sahaja.
juga boleh mengosongkan poket saya dengan cepat sekali.
dah lama la plak tak ke cameron highlands kan.
terasa nak makan strawberry coklat di bawah hawa dingin la plaks. ahaks.





cayalah dengan bank islam yg collaborate dengan equatorial cameron neh





click here to get the details fellas!

Penyesalan Sewaktu Bulan Ramadhan Bagi Bakal Usahawan dan Peniaga


[Berikut adalah salah satu daripada banyak email berguna yang kami hantarkan kepada mereka yang melanggan mailing list kami. Sila isikan nama dan alamat email anda diruangan sebelah kanan untuk terus menerima update dari kami mengenai tips-tips terkini, video-video tips perniagaan, ebook dan update mengenai kuliah-kuliah perniagaan yang kami adakan secara PERCUMA]
Dalam siri email untuk beberapa hari dari sekarang, saya akan hantarkan anda rahsia dan tips menarik mengenai perkara berikut:
- Peluang bersempena bulan Ramadhan bagi usahawan
- 4 Langkah-langkah mudah mengimport barang untuk jualan
Ramadhan
- Mempelajari Teknik Menjual yang Efektif
- Membina Kedai Online sempena Ramadhan
Hanya tinggal lagi 5 bulan saja lagi untuk kita kembali berpuasa sempena bulan berkat, bulan Ramadhan. Pada bulan rahmat ini, ia juga membawa serta membuka jutaan peluang.
Namun ada di antara kita yang setiap kali menjelang ramadhan, akan menyesal. Sesalan kita adalah kerana kita tidak memulakan perniagaan beberapa bulan lebih awal. Kita tentu pernah melihat bagaimana seorang peniaga gerai di bazar Ramadhan membuat ribuan Ringgit sehari pada bulan yang mulia ini.
Dari pengalaman saya yang pernah berniaga di Masjid India, saya tahu gerai-gerai di situ membuat jualan pada bulan puasa sekurang-kurangnya RM 300,000 selama sebulan dengan separuh daripadanya adalah keuntungan mereka. Satu bulan pendapatan RM 150,000!!!
(Saya juga mengenali ramai daripada mereka kerana mereka akan bekas pelajar saya dari Kursus Borong China dan pernah mengikuti Rombongan kami ke China untuk belajar memborong)
Pendapatan yang mereka perolehi ini adalah lebih banyak daripada gaji SETAHUN seorang senior eksekutif di bank atau jurutera di syarikat Jerman. Walaupun mereka ini hanya perlu bekerja selama sebulan sahaja.
Tidakkah waktu berharga anda lebih baik diluangkan bersama isteri, anak-anak dan rakan-rakan berbanding menghabiskan masa di tempat kerja dengan gaji yang sedikit.
Namun rezeki seperti ini tidak datang melayang begitu saja, terdapat usaha yang perlu mereka ambil sebelum dari itu.
Selain penjualan di gerai ramadhan, penjualan online juga akan meningkat berlipat kali ganda menjelang puasa. Inilah juga peluang anda untuk membina tapak yang kukuh untuk perniagaan anda.
Saya mengenali beberapa orang peniaga di Lot.my yang memulakan kedai online beberapa bulan sebelum bulan puasa dan menggunakan peluang permintaan yang tinggi pada bulan puasa untuk mendapatkan pelanggan yang ramai. Kini mereka ini tidak lagi risau, kerana
pelanggan yang dibina pada bulan Ramadhan itu terus membeli sepanjang tahun.
Memang benar Ramadhan ini adalah bulan yang lebih baik daripada seribu bulan.
Bulan rezeki dan membina asas bagi usahawan.
Di sini kita dapat lihat dengan jelas, Ramadhan adalah memang bulan Rahmat, terutamanya bagi peniaga dan bakal peniaga seperti anda.
Jika anda seseorang yang baru hendak memulakan perniagaan dengan modal yang kecil. Sekarang ini (5 bulan sebelum bulan puasa) adalah waktu paling KRITIKAL dan TEPAT bagi anda memulakan perniagaan.
Untuk ini anda perlu bertindak. Jika anda sekadar membaca email ini tanpa bertindak, anda tidak akan ke mana.
Pernah sekali saya melihat seorang rakan saya seorang bapa kepada 5 orang anak menangis mengenangkan tidak mampu untuk membeli anaknya pakaian yang dimahukan. Tangisan seorang bapa yang menyesal kerana tidak mampu mengembirakan anak. Saya juga bersedih dengan keadaan ini.
Namun di dalam lubuk hati saya, saya juga tahu rakan saya ini seorang yang pemalas dan tidak mahu bertindak. Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang tidak mahu bertindak. Mereka ini akan meneruskan hidup mereka dalam penyesalan. Sedangkan rakan saya ini boleh mengubah keadaan kewangannya dengan mudah jika dia berfikir 5 bulan lebih awal sebelum bulan puasa.
Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Selepas selesai hari raya, mereka ini akan teruskan meletakkan azam untuk memulakan perniagaan pada bulan puasa tahun hadapan. Namun pada tahun hadapan mereka ini akan menyesal lagi. Akhirnya putaran ini akan berterusan untuk bertahun atau berpuluh tahun lamanya sehingga mereka ini merasakan diri sudah tua untuk berniaga.
Bagaimana untuk bertindak? Anda mungkin perlu memikirkan langkah yang paling sesuai untuk anda ambil tindakan sekarang supaya sikap malas kita tidak membawa kesedihan kepada anak-anak kita.
Sudah tentu dengan usaha lebih kita ini, kita dapat menghantar anak ke sekolah yang lebih baik, memakai pakaian yang lebih cantik, menyediakan asas yang kukuh untuk mereka membangun dalam hidup mereka nanti. Apa lagi kita mahu selain masa depan anak
yang cerah ? Itulah cita-cita setiap ibubapa di dunia.
Nantikan email saya mengenai apa yang perlu anda lakukan seterusnya selepas ini, apa yang akan didedahkan ini bakal mengubah hidup anak anda selamanya bermula daripada Ramadhan ini. Insya-Allah.
Moga Ramadhan kali ini akan menjadi bulan yang baik bagi anda yang bercita-cita menjadi seorang usahawan. Anda boleh bermula secara sampingan sebelum mula berniaga sepenuh masa.
Kami akan cuba membantu anda untuk keluar daripada masalah ini.
Terima kasih dan dengan tulus ikhlas.

Saturday, December 3, 2011

Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran untuk Mengenali Potensi Diri


Pertama sekali saya perlu nyatakan bahawa ramalan di atas ini saya kurang pasti samada ia betul-betul dari Dr. Fadzilah Kamsah atau ada orang lain yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Saya sangat berharap ada orang tak bertanggunjawab yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Ini adalah kerana saya juga antara orang yang menghormati Dr. Fadzilah Kamsah.
Sebagai seorang Muslim saya mengambil Al-Quran dan Hadith sebagai rujukan utama dalam kehidupan, manakala sebagai seorang usahawan Industri Pemborongan dari Chinapula, saya juga percaya sains, logik dan hujah sesuatu perkara asalkan ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.
Tetapi perlu saya nyatakan di sini bahawa ramalan seperti ini adalah KARUT. Walaupun ini dikatakan berdasarkan kajian beliau. Kajian apa sangat yang beliau boleh buat ? terhadap berapa orang ?
Dalam menilik nasib, meramalkan tarikh lahir, meramal bulan kelahiran, horoskop, numerology dan sebagainya. Tukang tilik ini hanya menggunakan satu teknik yang sangat mudah. Iaitu, mereka mencipta ayat yang terbuka, fleksibel dan tidak boleh diukur (not scalable) yang boleh disesuaikan dalam semua keadaan.
Pada suatu hari, saya mengenali seorang si A melalui rakan saya. Si A memperkenalkan diri dan rakan saya pun memberitahu bahawa si A ini pakar dalam meramal dengan menggunakan tarikh lahir.
Ditanyanya tarikh lahir saya dan saya pun berikan la. Walaupun dari awal saya tahu orang ini akan mula menipu. Maka si A pun memulakan ramalan…
“Abang nie seorang yang penyayang”
Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. aku penyayang…
“Abang nie mesti ramai perempuan suka kan ?”
Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. ramai pompuan suka aku… (makcik makcik la.. ).. Aku terus blushing walaupun aku tahu dia menipu..
“Abang nie pandai bercakap di hadapan ramai”
Aduh.. ini mesti kawan aku dah cakap kat hang…. tapi tak apa.. aku nak percaya macam tu jugak.
“Abang nie bermotivasi tinggi dan bercita-cita tinggi kan?”
Aduh.. ada ka orang bercita-cita rendah ??? Tak kira, aku percaya, aku percaya, aku percaya…
Satu lagi ayat yang digunakan “Abang nie orang yang suka memaafkan orang, tetapi kekadang abang tak dapat memaafkan. Jika abang benci sangat seseorang itu, abang akan terus benci”
Memang la bahalol.. semua orang pun macam tu.
Inilah dialog bodoh dengan seseorang yang claim boleh menilik nasib.
Jika kita teliti ayat di poster di atas ataupun ramalan yang si A berikan kepada saya… kedua-duanya sangat mudah. Mereka menggunakan ayat yang terbuka, fleksible dan tidak boleh diukur. Kita sebagai manusia yang sensitif akan mengiyakan apa yang kita NAK dengar.
Dengan berbuat demikian, hati kita menjadi tenang. “Aku seorang penyayang, disukai perempuan, pandai bercakap di hadapan umum”
Sekarang mari kaji ramalan Dr. Fadzilah Kamsah di atas untuk orang yang lahir pada bulan Jun.
1. Berfikiran jauh dan berwawasan – Semua orang pun percaya sebegini
2. Mudah ditawan kerana sikap yang baik – Orang bulan Jun tak ada seorang pun yang jahat.
3. Berperangai lemah lembut – Ini kompom salah, aku tak lemah lembut pun.
4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood - Orang lahir bulan lain semua takkan berubah semua ciri ini.
5. Bersikap sensitif - Ada timbang kati ka untuk ukur bertapa sensitifnya seseorang ?
cukuplah setakat ini…
Surah al-Maidah: ayat 90:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.
Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”
(Muslim)
Huraian
1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.
2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.
3. Allah telah berfirman yang maksudnya:”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).
4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
5. Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (Muslim).
Sumber: JAKIM


Jadi, jika anda mendengar golongan sebegini tampil untuk memberi ramalan, tolak awal-awal. Ini bakal membuang masa anda. Jangan percaya kepada Dr. Fadzilah Kamsah jika benar dia keluarkan ramalan ini, Jangan percaya kepada Dr. Universiti Gorgon Cucuk Kepala mahupun pakar-pakar motivasi lain yang cuba membuatkan anda percaya terhadap perkara ini.