Thursday, February 23, 2012

Angota badan di temui dalam perut ikan jerung


andai takut di makan jerung 
jangan bermain di pinggir laut


remains bahamas tiger shark attack man eaten

foot arm torso tiger shark attack bahamas

Makhluk Aneh Lagi Misteri Di Thailand

I don’t think these photos requires any special comment. These are fantastic world news worthy of headlining any newspaper around the world. This creature, was found on Thailand, its strangely shaped body leaves a lot of mastery around it . The photographer has captured with his camera a truly unique and amazing moment, and got himself a fantastic photographs that make up a great story.


As all good mysteries it happens in far away from the technology wonders of the modern society in Thailand. You can see a lot of local folks in the background of these photos that seem to worship this creature they have “found”. The end result is an even more absurd and even humorous scene. They managed to get me even more amazed by this baby powder and juices they brought as a tribute to this creature. They have even brought a fan to keep it well preserved for the scientists.





Lets turn to the main subject, or should I say object, of this photo series the fantastically colored and shaped body of the creature. There has been a lot of debates about what this creature might be and that is exactly the beauty of mystery, the inability to solve it. It might be some kind of strange animal, it even looks like a mythical creature. Honestly I don’t know what to think about this event. These photographs do raise more questions than answers…





























RASA-RASANYA NI MAKHLUK APA? TENGOK KAKI MACAM KAKI LEMBU.... ADA EKOR......RUPA TAK CAM LA SEBAB PENUH KENA TEPEK NGAN BEDAK..... PERUT BUNCIT MACAM TOYOL PUN ADA...HAHAHA....HA AH LA KAN...KEPALA DIA PUN BOTAK LICIN JE TUH......UHHH MISTERI YA AMAT NIHHHH......


TAPI BILA BACA BLOG NIH..... (KLIK LA) PASTI KORANG AKAN TER.....TER...TERRRRR.......TERJAWAB LA MISTERI....HIHIHI

10 Fakta Menarik YouTube

YouTube merupakan laman perkongsian video yang terbesar secara literalnya menjadi televisyen pada zaman ini. Dengan ulang tahun keenam YouTube , berikut merupakan 10 fakta menarik tentangnya:

1. Video Teratas
Video "Baby", Justin Bieber memegang rekod paling banyak ditonton. Dengan 645,000,000+ tontonan,ia berada di kedudukan teratas  manakala video "Bad Romance", Lady Gaga berada tempat kedua dengan lebih 422 juta tontonan.

2. Kunjungan Pelawat
Kunjungan pelawat di YouTube setiap hari adalah sangat tinggi iaitu setinggi 45,000,000 pelawat.

3. Iklan Paling Popular
Menerima 1,000,000 tontonan, iklan 'touch of gold' Nike yang dirakam pada tahun 2005 merupakan iklan yang paling popular setakat ini. Ia adalah disebabkan oleh pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho telah membintangi iklan tersebut.

4. Saluran Rasmi
'The royal channel', saluran khusus untuk aktiviti-aktiviti Di Raja Britain, dari makan malam amal Krismas mereka hingga ke majlis perkahwinan mereka, telah dilancarkan oleh Ratu pada tahun 2007. Selepas itu, Pope dan Presiden Amerika Syarikat Barak Obama melancarkan saluran rasmi mereka pada awal tahun 2009.

5. Panjang Masa Semua Video
Untuk membuat, atau merekod semua video di YouTube,ia akan mengambil masa 1700 tahun .

6. Panjang Masa Video Dimbas Setiap Hari
YouTube mempunyai sistem hak cipta. Ia mempunyai hak untuk menyekat atau membuat wang dari video yang tidak dibenarkan. Bilangan ID diimbas setiap hari  oleh laman web ini adalah setinggi 100. Salah satu faktor bagi hal ini adalah bebas daripada kos perkhidmatan , dan ia sedang digunakan oleh 1000 rakan kongsi kandungan di seluruh dunia.

7. Bukan Trafik Amerika
Tujuh puluh peratus daripada trafik di YouTube datang dari luar Amerika Syarikat.

8. Panjang Masa Video Dimuatnaik Setiap hari
Hingga Mei 2009, 20 jam video telah dimuat naik ke YouTube setiap minit. Trend ini telah menunjukkan peningkatan dua puluh peratus.

9. Perkhidmatan Setempat
YouTube juga menyediakan perkhidmatan setempat kepada beberapa negara, iaitu menampilkan bahasa mereka dan video paling banyak dilayari dan sebagainya , 23 negara menikmati perkhidmatan ini. YouTube telah diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa.

10. Masa Yang Digunakan Pengguna YouTube
Purata seorang pengguna menggunakan sekurang-kurangnya 15 minit sehari di YouTube, kurang ima jam dari televisyen. YouTube telah menyasarkan untuk meningkatkan purata ini lebih daripada televisyen.

Gambar Pembinaan Kapal Titanic Pada Tahun 1909


gambar kapal titanic
  
White Star Line adalah syarikat yang membina kapal Titanic, dan dimiliki oleh J.P Morgan, seorang hartawan Amerika. Kos untuk membina RMS Titanic adalah $ 7.5 juta .RMS bermaksud Royal Mail Steamer. Ia mengambil masa dua tahun untuk membina kapal Titanic oleh 3000 orang pekerja lelaki. Tiga juta rivet telah digunakan untuk membina kapal tersebut. Berikut merupakan gambar sekitar pembinaan kapal Titanic pada tahun 1909. 

















Awek Tudung Punk Terlampau



Awek tudung punk terlampau
Awek tudung punk terlampau
Gambar perempuan bertudung di atas merupakan salah satu contoh betapa budaya Barat begitu senang mempengaruhi umat Islam samada lelaki mahupun perempuan. Walaupun tidak berpakaian seksi dan masih menutup aurat, ia sedikit sebanyak mencemarkan imej seorang Islam yang terkenal dengan adab dan sopan.

Teka-teki lawak

Koleksi teka-teki lawak jenaka untuk hiburan kita.

Soalan:Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin.

Soalan:Binatang ape power Karate?
Jawapan: Kuda belang.Cube kira brape black belt dia ade.

Soalan:Siape yang menemukan dompet kulit?
Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Soalan:Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Jawapan: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Soalan:Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan: Pembohong...

Soalan:Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Jawapan: Usus

Soalan:Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jawapan: Kutu rambut

Soalan:Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Jawapan: Neneknye si katak



Soalan:Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Jawapan: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Soalan:Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Jawapan: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Soalan:Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Jawapan: Dua-dua tak kenal korang...hehe

Soalan:Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Jawapan: Tukang gali kubur

Soalan:Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jawapan: Tahi hidung

Soalan:Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Soalan:Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Soalan:Gajah terbang dengan ape?
Jawapan: Dengan susah payah......

Kapal Firaun berusia 4500 tahun ditemui di Mesir



Para arkeologi mula menggali kapal kayu berusia 4500 tahun yang ditemui berhampiran Piramid Agung Giza. Kapal ini dipercayai membawa Firaun Khufu ke alam baka.

Kapal ini dipercayai sebagai adat agama yang akan membawa Firaun Khufu ke alam baka. Khufu yang juga dikenali sebagai Cheops ini dikenali sebagai pembangun Piramid Agung Giza. Ketua projek pemulihan Sakuji Yoshimura dari Universiti Wasela mengatakan, salah satu kapal dari dua kapal yang ditemui bertuliskan nama Khufu.

Khufu merupakan pengasas dinasti keempat pada tahun 2680 Sebelum Masihi (SM) dan menjadi pemimpin Mesir selama 23 tahun. Menteri Warisan Mesir, Zahi Hawass mengakui bahawa penggalian ini merupakan salah satu projek arkeologi dan pemuliharaan terpenting dunia.

Kapal ini asalnya ditemui pada tahun 1954 bersama kapal lain yang kemudian dipulihara dan dianggap sebagai salah satu penemuan besar di dataran tinggi Giza. Para ahli arkeologi mengakui kapal ini merupakan kapal tertua yang boleh bertahan hingga kini.

Setelah proses penggalian selesai, saintis akan membuat skema komputer kapal ini untuk membantu memuliharanya. Pemulihan kapal ini dijangka memakan masa empat tahun. Setelah selesai, seperti dilaporkan Fox News, kapal ini akan dipamerkan di Muzium Solar Boar berhampiran Piramid Agung Giza.

Komputer Tablet Paling Murah Di Dunia



Syarikat teknologi British mendakwa telah membangunkan komputer tablet paling murah di dunia untuk akses internet tanpa wayar (wireless).

Pada kos serendah US $35 (S$44) seunit, Datawind berharap untuk membekalkan ia ke pasaran berbilion pelanggan, khususnya di negara-negara mundur.

Tablet pelajar dikeluarkan pada bulan Oktober , tetapi Datawind mengeluarkan versi terkini komputer tablet Aakash bulan ini untuk pasaran komersial yang berharga US $50. Ia tampil dengan ciri-ciri yang lebih dari sebelumnya.

Aakash adalah perkataan Hindi untuk 'syurga'. Tablet Aakash menemui pengguna pertama mereka di bawah program teknologi maklumat yang ditaja oleh kerajaan India.

Peragut tumpas dengan balingan epal oleh mangsanya

                      
 SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.

Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar.

“Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan.

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail


Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?."

Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah.

Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu"

Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?"

Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".

Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as.

"Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?.

Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya."

Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam."

Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut.

Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.

Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga.

Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga.

Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Acara Melukis Lukisan Pada Tubuh Badan



BANDAR RAYA MEXICO – Seramai 20 model dan 20 artis mengambil bahagian dalam acara melukis lukisan pada tubuh badan di sini.

Acara itu diadakan pada Jumaat lalu dan dianjurkan oleh Tzikbal.

Semua model itu mempunyai lukisan unik yang dilukis di bahagian muka, tangan dan anggota tubuh mereka yang lain. – Agensi

Tips: Mengatasi Jerawat


BERTINDAK sebagai ejen antikulat dan antibakteria terutama bagi produk penjagaan kulit, ekstrak pokok tea atau nama saintifiknya Melaleuca alternifolia adalah bahan semula jadi yang membantu untuk mengatasi masalah jerawat.

Tumbuhan berasal dari benua Australia yang juga dikenali sebagai pokok gelam wangi ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. 

Pokoknya mempunyai ketinggian empat hingga tujuh meter dengan daun berbentuk halus dan tersusun rapi secara berlingkar di sepanjang ranting manakala pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang sehingga ke pangkalnya. 

Kulit pokok ini pula seakan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan malah, tumbuhan ini berbunga dengan banyak apabila tiba musim bunga.

Ekstrak minyak asli berwarna kekuningan ini adalah ejen semula jadi untuk mengubati tiga jenis organisma menyebabkan jangkitan kulit iaitu cendawan, bakteria, dan virus.

Selain itu, minyak pokok tea juga membantu untuk mengatasi masalah pernafasan seperti sakit tekak, batuk serta memperkuat sistem kekebalan tubuh. Ia juga boleh digunakan untuk penyakit mulut seperti jangkitan mulut dan tekak. 

Di samping itu, ekstrak barli turut dijadikan sebagai sebahagian bahan utama kerana memiliki kesan penyejukan terbaik bagi memberikan lebih perlindungan serta mengurangkan kesan kemerahan tidak sekata pada kulit. 

Justeru rangkaian penjagaan kulit, Clean Face daripada TheFaceShop menggunakan khasiat diperoleh daripada pokok tea serta barli merangkumi 11 produk bagi memberikan penjagaan kulit secara menyeluruh mengikut masalah dihadapi. 

Menurut Pengurus Latihannya, Amelyn Tay, penting bagi setiap wanita mengetahui bentuk penjagaan kulit wajah terbaik bagi memastikan tiada masalah lebih serius di kemudian hari. 

Untuk itu, penting bagi melakukan proses penyahtoksin bukan hanya bersifat luaran tetapi juga dalaman kerana seperti masalah pada kulit berpunca daripada masalah dalaman. 

“Selain penyahtoksin, wanita juga perlu memahami jenis kulit mereka sendiri sebelum memutuskan untuk menggunakan sesuatu produk penjagaan kulit dan untuk itu, mereka perlu mendapatkan bantuan pakar bertauliah. 

“Sebagai contoh jika anda memiliki kulit kering dan berpigmen, perlu mendapatkan produk yang berupaya merawat bagi mengurangkan masalah terbabit. Jangan bersikap sambil lewa kerana ia boleh menyebabkan kesan lebih buruk berlaku pada kulit,” katanya ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit Clean Face di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. 

Antara rangkaian produk yang diperkenalkan termasuk buih pembersih wajah penyelesaian jerawat, penyegar dan losen lembut, esen kawalan tanpa minyak, krim kawalan tanpa minyak, krim pelindung matahari SPF35PA++ tanpa minyak, krim BB tanpa minyak serta topeng muka sebum kawalan. 

Buih pembersih wajah penyelesaian jerawat jenama ini mengandungi bahan penjagaan jerawat efektif iaitu triclocarban yang menghalang kelenjar sebum daripada menghasilkan enzim. 

Ia juga mampu membantu mengurangkan kesan cela termasuk minyak berlebihan dan kulit mati yang menghalang bukaan liang roma. 

Produk penyegarnya pula membantu mengawal lebihan minyak pada kulit kerana ia mengandungi ekstrak pokok tea yang membantu membuang bakteria penyebab jerawat. 

Losen pula membantu menenangkan kesan iritasi pada kulit kerana ia juga mengandungi ekstrak pokok terbabit yang membantu untuk menghalang pembentukan jerawat. 

Ia juga membantu membaik pulih sel kulit bagi menghilangkan kesan parut jerawat lama. 

Esen kawalan tanpa minyak pula mengandungi ekstrak pokok tea dan teh hijau yang membantu memberikan kesan lebih menyegarkan pada kulit selepas penggunaannya. 

Selain itu, krim kawalan tanpa minyak dihasilkan bertujuan membantu mengawal lebihan minyak yang terkumpul untuk mengelakkan kulit daripada mengalami rasa melekit seharian. Malah, ia dipertingkatkan dengan kompleks Quick-clear bagi membantu menyegarkan kulit. 

Bagi penggunaan krim pelindung matahari SPF35PA++ tanpa minyak, ia bertujuan melindungi kulit daripada berterusan terdedah kepada pancaran cahaya ultra ungu (UV). Ia sesuai digunakan bagi mereka yang memiliki kulit berminyak serta berjerawat. 

Krim BB tanpa minyaknya direka dengan formula mengurangkan iritasi bagi membantu melindungi parut jerawat serta kesan kemerahan pada kulit. 

Untuk produk topeng muka sebum kawalan, ia mengandungi ekstrak pokok birch dan pokok tea yang membantu membersihkan kulit dengan lebih insentif di samping memberikan kesan menyegarkan. 

Malah, ia juga dirumus bersama ekstrak daun pokok tea, teh hijau, limau gedang dan akar arctium majus bagi memberikan kesan penghidratan tanpa minyak yang berkesan terutama bagi jenis kulit berminyak serta membantu mengurangkan masalah radang pada kulit.

Mayat Budak Perempuan Tidak Reput



PALERMO – Satu mayat budak perempuan berumur dua tahun kelihatan sempurna seperti baru meninggal dunia walaupun sudah disimpan selama lebih 90 tahun di dalam kubur bawah tanah di sebuah biara di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mayat budak perempuan itu yang meninggal dunia pada Disember 1920 diletakkan di dalam kubur berkenaan bersama-sama 2,000 mayat lagi.

Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Rosalina diletakkan di dalam keranda kayu di sebuah kubur sebuah biara di Palermo di Sicily, Itali selepas meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Sejumlah mayat lagi yang sedang mengalami beberapa proses pereputan diletakkan di atas bangku dan ada juga digantung di dinding.

Kubur bawah tanah tersebut mula dibuka pada kurun ke-16 apabila paderi mencari alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan tanah perkuburan.

Keadaan kubur bawah tanah yang sejuk dan mempunyai batu yang dapat menyerap cecair menyebabkan mayat menjadi kering. – Agensi

Apa Lelaki Mahu Daripada Wanita?


Tidak selamanya wanita yang cantik rupawan menjadi dambaan dan buruan para lelaki. Tidak dinafikan, ramai wanita menganggap tubuh badan yang seksi menjadi daya tarikan untuk memikat lelaki.

Pun begitu, sebenarnya ada 4 sifat wanita yang pada pandangan kaum Adam ini mampu membuatkan mereka menoleh seterusnya berusaha mendekati wanita berkenaan. Mahu tahu? Bacalah info di bawah:

A Good Woman

Lelaki tahu bagaimana mengenali seorang wanita sama ada, dia seorang yang baik atau sebaliknya sewaktu pertama kali mereka bertemu. Wanita yang baik bagi lelaki adalah mereka yang tidak bebas bergaul, tidak terlalu suka berpesta dan tidak berdandan berlebihan.

Di samping itu, wanita tersebut juga tahu menghargai lelaki serta mampu merubah mereka agar tampak lebih sempurna. Tidak cukup dengan itu, wanita yang baik itu juga boleh dipercayai, jujur dan boleh menjadi teman setia.

Tubuh Yang Cantik

Kebenaran fakta ini memang tidak dapat disangkal lagi kerana kebanyakan lelaki sememangnya mengakui penampilan dan susuk tubuh wanita sangat penting bagi mereka. Bagaimanapun, ini bukan bererti kaum wanita harus terlihat sempurna persis Angelina Jolie, untuk menambat hati lelaki. Sebenarnya cukup dengan hanya merawat tubuh dan berdandan sederhana. Selain itu, pastikan berat badan tetap seimbang agar penampilan anggun dan menawan. Sekiranya tidak gemar berolahraga masih banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga tubuh agar tetap cantik dan sihat seperti menari bersama teman-teman.

Pandai Membawa Diri Dan Berdikari

Lelaki sebenarnya tidak menyukai wanita yang mudah berputus asa, suka mengatur hidup mereka, cemburu, tidak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. Sebaliknya mereka lebih menyukai wanita yang pandai membawa diri dan tahu berdikari. Bagi mereka, wanita sebegini mudah menyesuaikan diri dan bijak mengawal situasi walau di mana berada.

Menghargai Kesenangan Dalam Hidup

Mungkin ramai wanita di luar sana yang masih tidak mengetahui bahawa wanita yang bahagia, menikmati hidup dan menghargai pasangannya adalah wanita yang berpotensi disukai lelaki. Wanita seperti ini bagi lelaki adalah seorang yang sederhana tetapi punya ciri-ciri wanita sempurna.