Saturday, December 3, 2011

Rahsia Tarikh Lahir dan Rahsia Bulan Kelahiran untuk Mengenali Potensi Diri


Pertama sekali saya perlu nyatakan bahawa ramalan di atas ini saya kurang pasti samada ia betul-betul dari Dr. Fadzilah Kamsah atau ada orang lain yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Saya sangat berharap ada orang tak bertanggunjawab yang menggunakan namanya untuk membuat ramalan ini. Ini adalah kerana saya juga antara orang yang menghormati Dr. Fadzilah Kamsah.
Sebagai seorang Muslim saya mengambil Al-Quran dan Hadith sebagai rujukan utama dalam kehidupan, manakala sebagai seorang usahawan Industri Pemborongan dari Chinapula, saya juga percaya sains, logik dan hujah sesuatu perkara asalkan ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.
Tetapi perlu saya nyatakan di sini bahawa ramalan seperti ini adalah KARUT. Walaupun ini dikatakan berdasarkan kajian beliau. Kajian apa sangat yang beliau boleh buat ? terhadap berapa orang ?
Dalam menilik nasib, meramalkan tarikh lahir, meramal bulan kelahiran, horoskop, numerology dan sebagainya. Tukang tilik ini hanya menggunakan satu teknik yang sangat mudah. Iaitu, mereka mencipta ayat yang terbuka, fleksibel dan tidak boleh diukur (not scalable) yang boleh disesuaikan dalam semua keadaan.
Pada suatu hari, saya mengenali seorang si A melalui rakan saya. Si A memperkenalkan diri dan rakan saya pun memberitahu bahawa si A ini pakar dalam meramal dengan menggunakan tarikh lahir.
Ditanyanya tarikh lahir saya dan saya pun berikan la. Walaupun dari awal saya tahu orang ini akan mula menipu. Maka si A pun memulakan ramalan…
“Abang nie seorang yang penyayang”
Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. aku penyayang…
“Abang nie mesti ramai perempuan suka kan ?”
Aduh.. dengar ayat ini, aku tak boleh mengatakan tidak.. ya ya ya.. ramai pompuan suka aku… (makcik makcik la.. ).. Aku terus blushing walaupun aku tahu dia menipu..
“Abang nie pandai bercakap di hadapan ramai”
Aduh.. ini mesti kawan aku dah cakap kat hang…. tapi tak apa.. aku nak percaya macam tu jugak.
“Abang nie bermotivasi tinggi dan bercita-cita tinggi kan?”
Aduh.. ada ka orang bercita-cita rendah ??? Tak kira, aku percaya, aku percaya, aku percaya…
Satu lagi ayat yang digunakan “Abang nie orang yang suka memaafkan orang, tetapi kekadang abang tak dapat memaafkan. Jika abang benci sangat seseorang itu, abang akan terus benci”
Memang la bahalol.. semua orang pun macam tu.
Inilah dialog bodoh dengan seseorang yang claim boleh menilik nasib.
Jika kita teliti ayat di poster di atas ataupun ramalan yang si A berikan kepada saya… kedua-duanya sangat mudah. Mereka menggunakan ayat yang terbuka, fleksible dan tidak boleh diukur. Kita sebagai manusia yang sensitif akan mengiyakan apa yang kita NAK dengar.
Dengan berbuat demikian, hati kita menjadi tenang. “Aku seorang penyayang, disukai perempuan, pandai bercakap di hadapan umum”
Sekarang mari kaji ramalan Dr. Fadzilah Kamsah di atas untuk orang yang lahir pada bulan Jun.
1. Berfikiran jauh dan berwawasan – Semua orang pun percaya sebegini
2. Mudah ditawan kerana sikap yang baik – Orang bulan Jun tak ada seorang pun yang jahat.
3. Berperangai lemah lembut – Ini kompom salah, aku tak lemah lembut pun.
4. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood - Orang lahir bulan lain semua takkan berubah semua ciri ini.
5. Bersikap sensitif - Ada timbang kati ka untuk ukur bertapa sensitifnya seseorang ?
cukuplah setakat ini…
Surah al-Maidah: ayat 90:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.
Dari Aisyah r.a katanya:.”Ramai orang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh tukang tenung. Jawab baginda:”Mereka itu tidak benar.” Mereka bertanya lagi:” Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Bagaimana itu?” Jawab Rasulullah SAW, “Ucapan yang benar (dari langit) terdengar oleh bangsa jin lalu dibisikkan ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka tokok tambahkan dengan seratus pembohongan, bahkan lebih.”
(Muslim)
Huraian
1. Tukang tenung dikenali juga dalam masyarakat hari ini dengan istilah ‘orang pintar’, paranormal ataupun tukang ramal nasib yang dipercayai dapat mengetahui nasib seseorang atau perihal ghaib lainnya.
2. Sesungguhnya pengetahuan terhadap perkara ghaib adalah termasuk hal yang menjadi rahsia Allah. Sesiapa yang berkeyakinan bahawa dirinya atau orang lain boleh menguasai perkara ghaib adalah termasuk dalam perbuatan syirik kerana adanya ketergantungan kepada yang selain Allah.
3. Allah telah berfirman yang maksudnya:”Katakanlah,”Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan. (an- Naml : 65).
4. Sebagai umat Islam kita tidak harus mempercayai atau membenarkan apa yang dikatakan oleh tukang ramal kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai hal-hal yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin-jin untuk meminta pertolongan kepada jin-jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
5. Rasulullah SAW bersabda : ‘Sesiapa yang mendatangi ‘arraaf’ (tukang ramal) kepadanya, tidak akan diterima solatnya selama empat puluh hari.” (Muslim).
Sumber: JAKIM


Jadi, jika anda mendengar golongan sebegini tampil untuk memberi ramalan, tolak awal-awal. Ini bakal membuang masa anda. Jangan percaya kepada Dr. Fadzilah Kamsah jika benar dia keluarkan ramalan ini, Jangan percaya kepada Dr. Universiti Gorgon Cucuk Kepala mahupun pakar-pakar motivasi lain yang cuba membuatkan anda percaya terhadap perkara ini.

No comments:

Post a Comment