Thursday, February 23, 2012

Tips: Mengatasi Jerawat


BERTINDAK sebagai ejen antikulat dan antibakteria terutama bagi produk penjagaan kulit, ekstrak pokok tea atau nama saintifiknya Melaleuca alternifolia adalah bahan semula jadi yang membantu untuk mengatasi masalah jerawat.

Tumbuhan berasal dari benua Australia yang juga dikenali sebagai pokok gelam wangi ini boleh hidup subur di kawasan beriklim tropika. 

Pokoknya mempunyai ketinggian empat hingga tujuh meter dengan daun berbentuk halus dan tersusun rapi secara berlingkar di sepanjang ranting manakala pada permukaan bawah daun terdapat dua baris bintik kecil sel minyak tersusun memanjang sehingga ke pangkalnya. 

Kulit pokok ini pula seakan kertas dan boleh disiat dalam bentuk kepingan malah, tumbuhan ini berbunga dengan banyak apabila tiba musim bunga.

Ekstrak minyak asli berwarna kekuningan ini adalah ejen semula jadi untuk mengubati tiga jenis organisma menyebabkan jangkitan kulit iaitu cendawan, bakteria, dan virus.

Selain itu, minyak pokok tea juga membantu untuk mengatasi masalah pernafasan seperti sakit tekak, batuk serta memperkuat sistem kekebalan tubuh. Ia juga boleh digunakan untuk penyakit mulut seperti jangkitan mulut dan tekak. 

Di samping itu, ekstrak barli turut dijadikan sebagai sebahagian bahan utama kerana memiliki kesan penyejukan terbaik bagi memberikan lebih perlindungan serta mengurangkan kesan kemerahan tidak sekata pada kulit. 

Justeru rangkaian penjagaan kulit, Clean Face daripada TheFaceShop menggunakan khasiat diperoleh daripada pokok tea serta barli merangkumi 11 produk bagi memberikan penjagaan kulit secara menyeluruh mengikut masalah dihadapi. 

Menurut Pengurus Latihannya, Amelyn Tay, penting bagi setiap wanita mengetahui bentuk penjagaan kulit wajah terbaik bagi memastikan tiada masalah lebih serius di kemudian hari. 

Untuk itu, penting bagi melakukan proses penyahtoksin bukan hanya bersifat luaran tetapi juga dalaman kerana seperti masalah pada kulit berpunca daripada masalah dalaman. 

“Selain penyahtoksin, wanita juga perlu memahami jenis kulit mereka sendiri sebelum memutuskan untuk menggunakan sesuatu produk penjagaan kulit dan untuk itu, mereka perlu mendapatkan bantuan pakar bertauliah. 

“Sebagai contoh jika anda memiliki kulit kering dan berpigmen, perlu mendapatkan produk yang berupaya merawat bagi mengurangkan masalah terbabit. Jangan bersikap sambil lewa kerana ia boleh menyebabkan kesan lebih buruk berlaku pada kulit,” katanya ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit Clean Face di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. 

Antara rangkaian produk yang diperkenalkan termasuk buih pembersih wajah penyelesaian jerawat, penyegar dan losen lembut, esen kawalan tanpa minyak, krim kawalan tanpa minyak, krim pelindung matahari SPF35PA++ tanpa minyak, krim BB tanpa minyak serta topeng muka sebum kawalan. 

Buih pembersih wajah penyelesaian jerawat jenama ini mengandungi bahan penjagaan jerawat efektif iaitu triclocarban yang menghalang kelenjar sebum daripada menghasilkan enzim. 

Ia juga mampu membantu mengurangkan kesan cela termasuk minyak berlebihan dan kulit mati yang menghalang bukaan liang roma. 

Produk penyegarnya pula membantu mengawal lebihan minyak pada kulit kerana ia mengandungi ekstrak pokok tea yang membantu membuang bakteria penyebab jerawat. 

Losen pula membantu menenangkan kesan iritasi pada kulit kerana ia juga mengandungi ekstrak pokok terbabit yang membantu untuk menghalang pembentukan jerawat. 

Ia juga membantu membaik pulih sel kulit bagi menghilangkan kesan parut jerawat lama. 

Esen kawalan tanpa minyak pula mengandungi ekstrak pokok tea dan teh hijau yang membantu memberikan kesan lebih menyegarkan pada kulit selepas penggunaannya. 

Selain itu, krim kawalan tanpa minyak dihasilkan bertujuan membantu mengawal lebihan minyak yang terkumpul untuk mengelakkan kulit daripada mengalami rasa melekit seharian. Malah, ia dipertingkatkan dengan kompleks Quick-clear bagi membantu menyegarkan kulit. 

Bagi penggunaan krim pelindung matahari SPF35PA++ tanpa minyak, ia bertujuan melindungi kulit daripada berterusan terdedah kepada pancaran cahaya ultra ungu (UV). Ia sesuai digunakan bagi mereka yang memiliki kulit berminyak serta berjerawat. 

Krim BB tanpa minyaknya direka dengan formula mengurangkan iritasi bagi membantu melindungi parut jerawat serta kesan kemerahan pada kulit. 

Untuk produk topeng muka sebum kawalan, ia mengandungi ekstrak pokok birch dan pokok tea yang membantu membersihkan kulit dengan lebih insentif di samping memberikan kesan menyegarkan. 

Malah, ia juga dirumus bersama ekstrak daun pokok tea, teh hijau, limau gedang dan akar arctium majus bagi memberikan kesan penghidratan tanpa minyak yang berkesan terutama bagi jenis kulit berminyak serta membantu mengurangkan masalah radang pada kulit.

No comments:

Post a Comment